Lihat sahaja lah pada step by step pemakaian sanggul lintang, kepala harus di tegakkan untuk mendapatkan pemakaian sanggul dengan sempurna... Nak menangis juga ku rasakan kerana sakit rambut di tarik...
Bukan calang-calang orang yang pandai memakai kan sanggul lintang ini. Kalau main pakai jer jadi sanggul lintang pukang lah...
Sakit pinggang ku rasakan sehingga hari ini, pengalaman manis yg tdk dapat dilupakan...
Bunga api buluh tidak pernah lekang pada malam berinai
Persalinan sanggul lintang Melaka
Sanggul Lintang????
Apa tue??? Beratnya....Seksa.... Eeeee.... Tak mahu lah memakainya.....
Itu lah pendapat pengantin moden zaman sekarang....
Mereka lebih gemar memilih pakaian dan sanggul zaman moden, yang simple dan yang paling penting tidak menyeksakan... Maklum lah berat, tak tahan kepala nak pikul. Tetapi pada hakikatnya sanggul lintang adalah tradisi dari zaman nenek moyang kita. Pengantin akan kelihatan lebih anggun dan berseri-seri jika menggayakan persalinan melaka dan sanggul lintang. Imbas kembali masa saya berkahwin, demi menyampaikan hasrat nenda tercinta yang ingin melihat cucunda kesayangannya mengenakan sanggul lintang pada malam berinai. Alhamdullillah tercapai jua hasrat nenda ku.
Meletup mase akak kawen pakai Sanggul Lintang...mmg tak dinafikan,skrg dah susah nk cari panten yg nak pakai sanggul nik.......huhuhu
ReplyDeletemasa pakai sanggul, dua jam kepala kena tegak sebab takut sanggul tue senget dan tak lurus. Sakit pinggang nie kena duduk berlunjur di bawah...
ReplyDeleteadakah sanggul lintang untuk pengantin bertudung ?
ReplyDelete