Friday, August 21, 2009
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
Seribu senyuman belum tentu menawan hati, Satu jelingan sudah cukupmenimbulkan rasa benci, Membina mengambil masa, Meruntuh sekelip mata, Selamat Menyambut Ramadhan.Maaf Ku Pinta Dari Hujung Rambut Ke Hujung Jari Kaki Semoga Ramadhan membawa keberkatan Illahi kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang masa & waktu kita selama ini.
Sekian, terima kasih Ingatan Ikhlas Dari:- SALIMA
Friday, August 7, 2009
SANGGUL LINTANG MELAKA
Pemakaian sanggul lintang memang popular di negeri Melaka. Dan diriku rasa cukup bertuah kerana dapat mempelajari teknik satu per satu cara pemakaian sanggul lintang. Tapi kena berguru dengan master of sanggul lintang lebih lama kerana bukan senang untuk memakai kan nya kepada pengantin...
Make-up do by Salima.
SANGGUL LINTANG ADAT LAMA JANGAN DILUPAKAN
Lihat sahaja lah pada step by step pemakaian sanggul lintang, kepala harus di tegakkan untuk mendapatkan pemakaian sanggul dengan sempurna... Nak menangis juga ku rasakan kerana sakit rambut di tarik...
Bukan calang-calang orang yang pandai memakai kan sanggul lintang ini. Kalau main pakai jer jadi sanggul lintang pukang lah...
Sakit pinggang ku rasakan sehingga hari ini, pengalaman manis yg tdk dapat dilupakan...
Bunga api buluh tidak pernah lekang pada malam berinai
Persalinan sanggul lintang Melaka
Sanggul Lintang????
Apa tue??? Beratnya....Seksa.... Eeeee.... Tak mahu lah memakainya.....
Itu lah pendapat pengantin moden zaman sekarang....
Mereka lebih gemar memilih pakaian dan sanggul zaman moden, yang simple dan yang paling penting tidak menyeksakan... Maklum lah berat, tak tahan kepala nak pikul. Tetapi pada hakikatnya sanggul lintang adalah tradisi dari zaman nenek moyang kita. Pengantin akan kelihatan lebih anggun dan berseri-seri jika menggayakan persalinan melaka dan sanggul lintang. Imbas kembali masa saya berkahwin, demi menyampaikan hasrat nenda tercinta yang ingin melihat cucunda kesayangannya mengenakan sanggul lintang pada malam berinai. Alhamdullillah tercapai jua hasrat nenda ku.
Subscribe to:
Posts (Atom)