Kali nie Salima ke Utara pula, ke negeri Perlis untuk makeupkan Zainatul di hari pernikahan dan persandingan nya. Sangat cantik permandangan sawah bendang di sekitar rumah Zai. Sebelum ke rumah Zai sempat lah pagi tu sekejap Salima dan suami masuk ke HAttyai Thailand. Keluar jer dari sempadan Padang Besar terperanjat Salima menerima nak dekat seratus missed call dari Zai. Maklum ler tak de line di sana. He..he.. Zai dah suspen ingat Salima tak datang. Semuanya berjalan dengan lancar. Selepas makeupkan pengantin utk bersanding Salima juga makeupkan 3 org lagi adik beradik Zai. Mereka juga ingin tampil anggun di hari perkahwinan Zai. Alhamdullilah Zai amat berpuashati dengan solekan dari Salima. Terima kasih kerana mengundang Salima datang ke Perlis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment