BOOKING FOR MAKE-UP FORM

NAME:
EMAIL ADDRESS:
CONTACT NO:
BOOKING FOR: WEDDING MAKE-UP
ENGAGEMENT MAKE-UP
DINNER OR EVENT
BENGKEL SOLEKAN
INQUIRY:

Click here to put a form like this on your site.

Wednesday, March 31, 2010

MAJLIS PERSANDINGAN LEDIA MAZLINDA & NAZRULHAD MERLIMAU (27-03-2010)





pakaian persalinan jawa

majlis persandingan
Majlis perkahwinan Ledia ini banyak di aturkan oleh untie nya. Sampaikan untuk booking salima pun untie dia yang uruskan semua. Perkahwinan nya memang meriah, dari dekorasi bilik, hantaran dan pelamin semua nya di buat oleh ahli keluarga nya yang ramai. Ternyata persiapan yang dibuat sungguh teratur dan terancang. Cantik...
Ledia menggunakan perkhidmatan Salima-makeupartist dari Nikah, Malam berinai, Persandingan dan seterusnya bertandang ke rumah lelaki. Alhamdullillah selesai semuanya. Dengan sarat mengandung salima tetap gagah kan diri untuk selesai kan tugasan yang diberikan.
Pakaian dari Butik Pesona Kaseh Merlimau.

Tuesday, March 30, 2010

DINNER MAKE-UP FOR AIDIL & FREINDS STUDENT MMU MELAKA (26-03-2010)




Geng Aidil yang sudah di make-over, meletop kalian semua





Thanks to Aidil dan rakan-rakan yang telah memilih Salima sebagai make-up artist mereka untuk ke Majlis Makan Malam anjuran MMU untuk jurusan mereka. Dinner ini adalah untuk tahun akhir mereka di universiti. Mereka semua dalam jurusan guaman, sah-sah keluar semua jagi peguam ek. Ternyata kerjasama dari mereka berlima amat bagus dan kerja untuk make-up kan semua nya jadi mudah. Gembira betul diorang berlima nie selepas di make-over...

BENGKEL SOLEKAN INTENSIF KUALA LUMPUR (21-03-2010) AHAD



penyampaian sijil kepada peserta
tengok nie dik macam mana akak buat... ahaks... korang berdua memang best


bersungguh-sungguh mereka semua

Bengkel Solekan Intensif kali ke-2 di adakan pada 21 March 2010 (Ahad) bertempat di Pusat Belia Antarabangsa Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur.
Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai kursus kali ini. Seperti kelas-kelas yang lepas semua peserta cukup sporting dan best giler.... Kali ini peserta lelaki juga ada menyertai bengkel solekan. Mereka juga berbakat dalam bidang solekan, jangan marah you all...

Tuesday, March 23, 2010

MAJLIS PERTUNANGAN RAUDHA SUNGAI BULOH SELANGOR (20-03-2010)







Majlis pertunangan Raudha di adakan di kediaman keluarganya di Kuarters Lembaga Getah Malaysia Sungai Buluh. Layanan keluarga nya amat baik. Sampai di rumah nya Raudha tiada di rumah agak sejam juga lah menunggu Raudha pulang. Kami di jamu makan tengahari dahulu. Raudha meletak kan sepenuh kepercayaan kepada Salima untuk mencantik kan nya di hari bersejarah itu. Ternyata raudha dan keluarga amat berpuashati dengan hasil solekan dari Salima. Lepas selesai di sana, salima bergegas ke mid valley untuk ambil tempahan birthday cake dekat secret recipes sempena birthday anak salima yang ke-2 tahun pada 20-03-2010.

Friday, March 19, 2010

WEDDING PICTURE AIN & SARI BY MALAYNEA PHOTOGRAPHER







Thanks to Hafiz (Sternz) di atas gambar2 yang di berikan. Hasil anda memang Superb.... Kepada semua bakal-bakal pengantin di luar sana yang masih tercari-cari seorang photographer yang professional contact lah Hafiz dari MALAYNEA. Anda pasti berpuashati dan senang serta mudah bekerjasama dengan team MALAYNEA. Apa lagi contact lah mereka dengan segera untuk booking... lambat melepas...
Contact : 017-6999237 HAFIZ (Sternz)

Thursday, March 18, 2010

PERSANDINGAN AIN & SARI (14-03-2010)






Sekitar majlis persandingan Ain dan Sari pada 14-03-2010

SESI PAKAIAN PERSALINAN AIN (14-03-2010)










Ain mengadakan beberapa persalinan pakaian sebelum persandingan nya. Ada cerita kelakar telah berlaku pada hari Ahad nie. Waktu yang di janjikan dengan kompang untuk bersanding adalah pada pukul 1.30 petang selepas waktu zohor. So ain menghabis kan lah pakaian persalinan nya. Sedang ambil gmbar di pelamin tiba-tiba kompang berbunyi apa lagi melompat lah dia naik ke bilik nak salin baju walhal jam baru menunjukkan 1.10 petang. Di sebab kan kompang tue nampak pihak lelaki dah sampai terus jer dia balun kompang tu. Tanpa berlengah lagi Salima dari tinggat atas rumah ain menjerit KOMPANG STOP!!! terus berenti. Akhirnya pengantin turun berarak tepat jam 1.30 petang. Lain kali make-sure kompang mendapat arahan yang sebetulnya jangan main balun jer tanpa pengetahuan pengantin dah bersedia atau belum...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...