BOOKING FOR MAKE-UP FORM

NAME:
EMAIL ADDRESS:
CONTACT NO:
BOOKING FOR: WEDDING MAKE-UP
ENGAGEMENT MAKE-UP
DINNER OR EVENT
BENGKEL SOLEKAN
INQUIRY:

Click here to put a form like this on your site.

Thursday, December 31, 2009

BENGKEL SOLEKAN MAKE-UP ARTIST DI KUALA LUMPUR & MELAKA


BENGKEL SOLEKAN MAKE-UP ARTIST

TEMPAT : PUSAT BELIA ANTARABANGSA BANDAR TUN RAZAK KUALA LUMPUR
TARIKH : 23 JANUARY 2010
MASA : 11 PAGI - 5.00 PETANG
YURAN : RM300


TEMPAT : BILIK SEMINAR HOTEL BUKIT SERINDIT, MELAKA
TARIKH : 20 FEBRUARY 2010
MASA : 11 PAGI - 5.00 PETANG
YURAN : RM300

- PELBAGAI TEKNIK SOLEKAN TERKINI
- TEKNIK SOLEKAN YANG BETUL STEP BY STEP
- PELBAGAI TEKNIK SOLEKAN MATA
- PEMBENTUKAN KENING
- MAKE-UP SIANG & MALAM
- PENGENALAN PENGGUNAAN BERUS
- TEKNIK SHADING DAN PEMBENTUKAN WAJAH
- TEKNIK MEMAKAI BULU MATA PALSU
- TEKNIK MENGGEBUKAN WAJAH

DAN BANYAK LAGI... BERBALOI-BALOI....

SIJIL, DOORGIFT DAN MAKANAN DISEDIAKAN...

CEPAT.... REBUT HADIAH MENARIK BAGI SEORANG PESERTA YANG BERJAYA MENDANDAN DIRI DENGAN CANTIK...

HUBUNGI SEGERA, TEMPAT TERHAD...

SALIMA 019-3417166 ATAU 017-2556506
salima0611@yahoo.com

Majlis Sambut Menantu Anas & Siti Fauziah_Ayer Keroh Height (27-12-2009)





Kecantikan Oya lebih menyerlah apabila mengenakan baju bewarna merah

pasangan bahagia Oya & Anas

Majlis sambut menantu di adakan di Ayer Keroh Height. Majlis di sebelah rumah Anas bertemakan color hitam dan merah. Pengantin lebih menyerlah dengan memakai pakaian persandingan hitam dan merah. Tapi Oya nie memang dah comel kan....

Wednesday, December 30, 2009

Majlis Persandingan Siti Fauziah & Anas (26-12-2009)






Sekitar majlis persandingan Oya & Anas. Mereka memilih pakaian persandingan bertemakan Putih dan Hitam di sebelah rumah perempuan.

Pakaian Persalinan Siti Fauziah (26-12-2009)




Gown


Puteri Balqis


Puteri Jawa

Sanggul Lintang
Pagi lagi salima dah start untuk make-up Oya pada 26-12-2009 sekitar jam 9 pagi. Oya memilih untuk mengenakan 4 pasang baju persalinan. Antaranya ialah sanggul lintang, jawa, puteri balqis dan gown. Selepas sesi baju persalinan ini Oya terus disiapkan untuk majlis persandingannya pula.

Tuesday, December 29, 2009

Majlis Pernikahan Siti Fauziah & Anas_Alor Gajah, Melaka (25-12-2009)


solekan yang lebih natural untuk majlis pernikahan Oya

wajah pengantin selepas dirias oleh salima

ceria menanti saat diijabkabulkan


Pengantin yang comel nie dah lama booking salima-makeupartist untuk setiap sesi solekan di sepanjang majlisnya selama 3 hari berturut-turut. Bermula dari majlis pernikahan, malam berinai, persalinan, bersanding serta majlis sambut menantu di sebelah lelaki. Oya nie sporting habis dan menyerahkan sepenuh kepercayaan nya kepada salima untuk solekan di wajahnya... Cantik bukan.... Comel sungguh Oya nie menjadi raja sehari.... Berseri-seri pengantin....

Sunday, December 27, 2009

Majlis Makan Malam Nurul Nadia Dato' Ibrahim (25-12-2009)



pasangan bahagia abu hurairah dan nadia

solekan di majlis makan malam


pelamin ringkas ilham ibu nadia sendiri
Pada majlis Makan Malam yang bermula jam 8 malam, dengan ramai tetamu kehormat di jemput hadir. Pada malam itu Nadia memilih untuk memakai evening gown dan tetap mengenakan tudung. Majlisnya bertemakan garden wedding. Sungguh hebat sekali....

Majlis Pernikahan Nurul Nadia Dato' Ibrahim & Abu Hurairah_Melaka (25-12-2009)







Majlis pernikahan Nadia di adakan pada hari Jumaat 25-12-2009 di kediaman keluarganya bertempat di Taman Jaya Alor Gajah Melaka. Siapa sangka rupanya Nadia nie satu sekolah rendah dahulu dan paling tak disangka-sangka rupanya Nadia nie adik classmate salima masa sekolah rendah, abangnya Fahrul Razi. Tapi tak berapa cam sgt sebab lama tak jumpa.... Jumpa balik teman sekolah lama.... Alhamdullillah Datin iaitu ibu Nadia amat berpuas hati dengan solekan anaknya. Dan yang paling penting Nadia amat berpuashati dengan solekan dari Salima-makeupartist..... Thanks a lot Nadia kerana memberi kepercayaan penuh pada salima untuk menyolek Nadia pada majlis pernikahan, majlis makan malam dan seterusnya majlis bertandang...

Saturday, December 12, 2009

GAMBAR PERKAHWINAN ZAITON DARI MALAYNEA







Terima kasih kepada hafidz-sternz dari malaynea creation atas koleksi gambar sepanjang perkahwinan zaiton di tanjung minyak. Team malaynea creation nie sempoi.... Korang yang sedang mencari photographer untuk sebarang majlis boleh lah layari http://wedding.malaynea.com dan hubungi mereka untuk sebarang pertanyaan...

Tuesday, December 8, 2009

MAJLIS PERSANDINGAN SHARLENE_DEWAN JEPERUN GADEK (05-12-2009)


seri pengantin di hari yang berbahagia.....

seri wajah pengantin jelas terpancar diwajahnya

menanti untuk ke dewan persandingan

wajahnya yang seiras Azza Elite


Sharlene setelah di solek dan kelihatan amat anggun sekali

Wajah sebelum disolek
Di hari persandingan Sharlene memilih untuk memakai baju persandingan berwarna Pink. Hasil solekan telah menyerlahkan wajah sharlene dan mirip sangat dengan Azza Elite. Memang cantik...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...